RM3 juta bantu usahawan terjejas PKP

PASIR MAS: Wakil rakyat perlu menyegerakan permohonan rakyat berkaitan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membangun semula ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, sebanyak RM1 juta lagi akan ditambah untuk tujuan itu.

Advertisement

Katanya, peniaga dan usahawan IKS yang terjejas untuk memulihkan semula perniagaan mereka boleh menghubungi Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing untuk membuat permohonan.

“Sebelum ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi tujuan itu. Bagaimanapun peruntuk akan ditambah RM1 juta lagi memandangkan peruntukan awal tidak mencukupi.

“Kita berharap pemohon mengemukakan permohonan melalui wakil-wakil rakyat di 45 PKD di negeri ini,” katanya di sini semalam.- HARAKAHDAILY 9/7/2020