KASA bantu Melaka tangani masalah bekalan air

- Advertisement -

MENGADAKAN Mesyuarat Khas bersama YB Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, sebentar tadi.

Mesyuarat ini antara lain menyentuh projek penyelesaian masalah krisis bekalan air di Negeri Melaka yang telah diluluskan iaitu Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) – Tasik Biru Chinchin yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2017 dengan kos berjumlah RM350 juta. 2.2 Pembinaan Empangan Jernih, Daerah Alor Gajah dengan jumlah peruntukan projek berjumlah RM200 juta.

Beberapa cadangan bagi penyelesaian tambahan dalam menangani isu bekalan air di Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka juga telah memohon beberapa projek di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) seperti penyaluran air mentah dari Tasik Biru Chinchin dan Sungai Kesang ke Empangan Jus; Cadangan Projek Pengabstrakan Air Mentah dari Kolam Tebatan Banjir Durian Tunggal ke Empangan Durian Tunggal; Kajian Kemungkinan Pembinaan Empangan Pesisir Pantai (Coastal Reservoir) di Lembangan Sungai-sungai Negeri Melaka; Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Penyaluran Air Sungai Muar Fasa 3 (Rumah Pam Grisek – Empangan Durian Tunggal).

- Advertisement -

Dalam Mesyuarat Khas Bersama YB Menteri Alam Sekitar Dan Air Dan Jabatan atau Agensi Di Bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ini juga beberapa isu alam sekitar dan air turut dibincangkan seperti Pengurusan Air Larut Resapan (Leachate) Tapak Pelupusan Sampah; Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA) berkaitan Isu Perlombongan Pasir; Pengurusan Pembakaran Terbuka di kawasan PBT; Kawalan kepada Pencemaran Kumbahan Bukan Najis (Greywater); Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030; Pembudayaan Inisiatif Lestari; Projek Pengindahan Sungai Melaka dan Sistem Kumbahan Berpusat Machap Baru.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada YB Dato’ serta KASA kerana telah membantu di dalam usaha untuk membangunkan fasiliti dan kemudahan sumber dan bekalan air di Negeri Melaka.

YAB DATUK HAJI SULAIMAN MD ALI
Ketua Menteri Melaka – HARAKAHDAILY 9/7/2020

- Advertisement -