Pasar baharu RM4.5 juta di Binjai

KOTA BHARU: Pembinaan Pasar Binjai yang pernah dipecah tanah pada tahun 2018 lalu akhirnya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pembinaan pasar itu yang melibatkan kos sebanyak RM4.5 juta akan bermula tidak lama lagi.

Advertisement

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Mohamad Daud Omar berkata, peruntukan tersebut dilulus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Pembinaan Pasar Binjai kini di peringkat akhir sebelum tawaran tender pembinaan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya juga pasar baharu terbabit akan dinamakan sebagai Pasar Tok Kenali, Kubang Kerian.

Pecah tanah projek berkenaan dilakukan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada 2018, namun pembinaannya tertangguh disebabkan masalah kewangan.- HARAKAHDAILY 8/7/2020