Kekalkan misi, visi UKM – UMMAH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengekalkan visi dan misi asal universiti berkenaan.

Ianya harus kekal menjadi gedung ilmu, memartabatkan bahasa melayu serta melahirkan modal insan yang hebat dan holistik beracuan kebangsaan.

- Advertisement -

Hal ini, ekoran daripada maklumat yang diketahui umum, bahawa terdapat kajian soal selidik yang dibuat untuk mengubah visi dan misi yang sedia ada.

Pegerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, sebarang perubahan visi dan misi yang mengubah dan menduakan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam mengilmukan mahasiswa adalah tindakan mengkhianati masa depan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

Dalam pada itu katanya, asas bagi penubuhan pendidikan tinggi UKM bukan sahaja melahirkan pelajar yang hebat dan holistik, tetapi sebagai simbul gedung ilmu pendidikan negara yang mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu yang terbukti berupaya merentasi pelbagai bidang termasuk sains, teknologi dan matematik.

“UMMAH memberikan tempoh selama 14 hari kepada pengurusan tertinggi UKM agar tampil memberi penjelasan tujuan sebenar soal selidik yang dibuat, tidak akan mengorbankan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama atau berdepan satu himpunan aman daripada gabungan NGO UMMAH dan Bahasa bagi mempertahankan visi dan misi UKM.

“Jangan gadaikan maruah bahasa demi mencari keuntungan yang singkat tapi mengadaikan maruah jiwa bangsa,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.- HARAKAHDAILY 8/7/2020

- Advertisement -