Bob tinggal dunia glamour dekati dakwah

Bob Lokman (kanan) bersama penulis.
- Advertisement -

KUBANG KERIAN: Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman, 56 tidak asing lagi dalam dunia seni di negara ini.

Beliau juga seorang pelawak, pengacara dan penulis lirik tersohor yang terlibat dalam dunia seni selama lebih 26 tahun.

- Advertisement -

Pembabitan dalam dunia seni juga banyak mengajarnya untuk mendekati Allah SWT apabila akhirnya Bob meninggalkan karier penuh glamour tersebut untuk bersama dengan perjuangan Islam.

Kini beliau dikenali sebagai penceramah bebas, menyampaikan dakwah kepada masyarakat di seluruh negara.

Bagaimanapun sekarang beliau menumpukan kepada perniagaan makanan dengan mengusahakan ‘Maqluba Lamb Shank’ sebagai sumber pendapatan keluarga.

Maqluba Lamb sejenis makanan tradisi masyarakat Arab di Timur Tengah.

Bob berkata, keunikan masakan itu di mana nasi setelah dimasak akan diterbalikkan ketika dihidang.

“Pada kebiasaannya kami menghidangkan dengan kambing,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kubang Kerian baru-baru ini.

Kata Bob biarpun perniagaan ‘Maqluba Lamb Shank’ menjadi tumpuan namun aktiviti berdakwah tetap diteruskan.- HARAKAHDAILY 8/7/2020

- Advertisement -