Pupuk minat terhadap industri getah dari sekolah

- Advertisement -

PARIT: Yang DiPertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib telah berkunjung serta menyampaikan sumbangan pelitup muka dan cecair nyah kuman kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, di sini hari ini.

- Advertisement -

Sumbangan tersebut sebagai usaha membantu dan melihat sendiri persediaan pihak sekolah berhadapan dengan norma baharu dalam persiapan untuk pembukaan sekolah sepenuhnya bermula 15 dan 22 Julai nanti.

Sumbangan disampaikan terus kepada Pengetua, Salowah Abdul Manaf di mana pada kunjungan tersebut Ustaz Ismi turut disambut oleh wakil guru-guru dan kakitangan sekolah.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) turut mengutarakan perbincangan mengenai perkembangan industri getah yang boleh dimanfaatkan sebagai peluang kepada para pelajar.

Beliau juga bersetuju cadangan pihak sekolah untuk membina Galeri Getah sebagai langkah memupuk minat anak muda untuk melibatkan diri dalam industri getah sama ada huluan atau hiliran.

Ustaz Ismi berharap akan wujud jalinan kerjasama antara industri dan institusi pendidikan dalam menggembleng sumber daripada getah sebagai industri pilihan untuk diceburi seterusnya dijayakan dari peringkat sekolah lagi.

Ustaz Muhammad Ismi juga mengambil peluang singgah ke PASTI Telok Bakong dan PASTI Bota Kanan untuk menyampaikan bantuan pelitup muka dan cecair nyah kuman kepada wakil guru di premis itu. – HARAKAHDAILY 7/7/2020

- Advertisement -