Laporan Al-Jazeera tidak berasas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Laporan dokumentari agensi berita antarabangsa, 101 East Al-Jazeera berhubung layanan buruk kerajaan Malaysia dalam mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika pandemik Covid-19 adalah tidak berasas dan tidak betul.

Menurut petugas kesihatan yang bertugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah, di MAEPS, Dr Kenneth Wong Chen Fei, laporan agensi berita tersebut adalah berat sebelah dan tidak betul.

- Advertisement -

“Saya berkhidmat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, di MAEPS selama satu bulan dan seminggu. Dalam tempoh itu kami telah merawat 700 hingga ke 800 pesakit Covid-19 yang positif dalam kalangan PATI.

“Kesemua mereka dilayan dengan baik dan secara adil, kami juga melayan mereka sebagai seorang manusia biasa dan diberi makan tiga hari sekali.

“Setiap hidangan dilengkapi dengan sayur, daging dan nasi, mereka juga mendapat tempat istirahat yang baik dengan ‘aircond’

“Malah, mereka juga diberi kelengkapan lain seperti ‘toileteries pack’, tuala mandi, dan makanan ringan,” jelas beliau melalui hantaran Facebook beliau sebelum ini.

Ulasnya, tiada seorang pun daripada mereka dilayan secara tidak adil dan kesemuanya diberikan kebebasan untuk mendirikan solat dan menggunakan tandas.

Malah katanya, ketika mereka dibebaskan dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, mereka diberi pakaian yang baharu.

“Saringan percuma, satu saringan berharga lebih kurang RM 300 hingga 400, makanan percuma, rawatan percuma, baju percuma. Semua Kerajaan Malaysia tanggung! Apa lagi yang mereka mahu?” Soalnya.

“Laporan Al-Jazeera adalah tidak berasas dan tidak betul, berat sebelah. Kami bersama-sama dan menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Malaysia melakukan yang terbaik dalam memerangani wabak pandemik Covid-19,” tegas beliau.

Al-Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Pihak kerajaan Malaysia melalui Menteri Kanan (Keselematan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob kemudiannya memohon agensi berita tersebut membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada permohonan maaf dari agensi berita tersebut dan polis sudah mula membuka kertas siasatan diatas laporan berita berkenaan.- HARAKAHDAILY 7/7/2020

- Advertisement -