Siap sedia hadapi pilihan raya mengejut

- Advertisement -

KUBANG KERIAN: Jentera PAS seluruh negara diminta bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya mengejut sekiranya pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat menemui jalan buntu.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 13 Julai ini bermula dengan pelantikan Yang Dipertua.

- Advertisement -

Katanya Pakatan Harapan (PH) masih berkeras mahu Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof kekal.

“Kita (Muafakat Nasional) pula hendak tukar, jadi sudah tentu akan berlaku pengundian, sekiranya Speaker yang kita cadangkan tidak menang, pilihan raya parlimen mungkin diadakan pada Julai atau Ogos depan.

“Jadi kita kena siap sedia terhadap sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan parlimen dibubarkan.

“Bagaimanapun sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin hari bertambah kuat,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Hi-Tea PAS Kubang Kerian di sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kubang Kerian Ustaz Abdul Rahman Yunus, Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kubang Kerian Dr Mohd Zuhdi Marzuki.- HARAKAHDAILY 6/7/2020

- Advertisement -