Permuafakatan PN dalam PRK DUN Chini

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), yang turut mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini sebagai batu loncatan bagi memperkukuhkan kedudukan PN dalam politik tanahair.

- Advertisement -

PRK Chini yang berlangsung pada 4 Julai 2020 mencatatkan kemenangan bagi calon pilihan PN iaitu Mohd Sharim Md Zain dengan majoriti undi 12,650. Angka tersebut dilihat signifikan kerana mencatatkan majoriti dua kali ganda berbanding keputusan Pilihan Raya Umum ke 14.

Kemenangan selesa ini memberi gambaran bahawa PN relevan dan diterima oleh rakyat secara umumnya. Penggandaan majoriti undi pula antaranya disumbangkan oleh ahli dan penyokong PAS di samping parti-parti lain di bawah Perikatan Nasional (PN).

Bagi perkembangan Muafakat Nasional, PRK Chini ini merupakan kemenangan keenam yang diperolehi melalui jalinan kerjasama antara dua parti teras Melayu-Islam. Ia sekali gus menyaksikan MN terus mara dalam memperkukuhkan kedudukan politik.

PAS membuktikan komitmen sepenuhnya kepada PN dan memegang prinsip kesepaduan dalam bekerjasama. Kerjasama erat jentera pilihan raya PAS, BN dan parti-parti komponen PN dalam berkempen untuk memenangkan calon, menatijahkan kemenangan besar.

“Islam Memimpin Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
6 Julai 2020 | 14 Zulkaedah 1441 – HARAKAHDAILY 6/7/2020

- Advertisement -