Pelancaran bangkit semangat juang DHPP

- Advertisement -

PELANCARAN Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Johor 2.0 telah diadakan di Pejabat PAS kawasan Tebrau pada 4 Julai oleh Encik Suria Narayanan, Naib Ketua DHPP Pusat.

Menurut Encik Suria DHPP telah bermula dengan nama Kelab Penyokong PAS (KPP) dan dinaik taraf berstatus Dewan iaitu sayap kepada PAS pada tahun lalu, dan telah ditukar kepada Dewan Himpunan Pendukung PAS.

“PAS adalah parti untuk semua kaum dan agama yang sebelum ini dimomokkan dengan pelaksanaan hudud sehingga membawa ketakutan kepada masyarakat bukan-Islam untuk mendekati PAS, di sini tanggungjawab DHPP untuk menyampaikan maklumat sebenar perjuangan PAS kepada semua pihak,” tambah beliau lagi.

- Advertisement -

Di dalam majlis pelancaran ini juga Suria diberi penghormatan menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja DHPP Johor dan Ketua-ketua DHPP Kawasan yang melibatkan DHPP Kawasan Tebrau, Johor Baharu, Kulai, Ledang, Pasir Gudang. Seramai 30 ahli DHPP kawasan Tebrau menerima sumbangan di majlis pelancaran ini.

DHPP Johor akan menyusun lawatan kerja ke seluruh Negeri Johor bagi mengadakan perbincangan dengan pihak PAS kawasan-kawasan dengan mensasarkan kesemua 26 PAS kawasan akan membentuk Jawatankuasa DHPP di peringkat masing-masing.

Turut hadir adalah YB Haji Najib bin Lep ADUN Bukit Pasir, Ustaz Abdullah bin Hussin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Pengerusi Lajnah Perpaduan merangkap Penasihat DHPP Negeri Johor, Cik Kumutha Raman Ketua DHPP Johor, Ahmad Nawfal bin Mahfodz Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Normala binti Sudirman Timbalan Ketua Muslimat Negeri Johor dan Ketua Penerangan En Rusman Kemin

MOHD NOOR HAZIMIN UMARHAN
Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional merangkap Pengarah Program – HARAKAHDAILY 6/7/2020

- Advertisement -