Jangan biarkan pusat dakwah ini terkubur

- Advertisement -

TAHUN 1996 Brother Shah Kirit Kalkulal Govidji dianugerahkan hidayah untuk kembali kepada Islam.

- Advertisement -

Bermulalah episod kehidupan seorang lelaki yang asalnya beragama Hindu tetapi kini menjadi seorang pendakwah yang sangat aktif dan mahir dalam perbandingan agama.

Pernah mengikuti kursus dakwah dan perbandingan agama pimpinan pendakwah terkemuka Dr Zakir Naik.

Kini bergerak aktif dibawah organisasi Global Unity Network (GUN) yang beroperasi di sebuah premis yang disewa bertempat di tingkat 3 Plaza Pekeliling.

Melalui GUN pelbagai program dakwah telah dilaksanakan termasuk memulihkan kembali mereka yang mengalami ‘sakit iman’ agar hilang keraguan terhadap akidah Islam disamping mengambil tanggungjawab menyebar luas Islam keseluruh dunia khususnya Malaysia.

Ribuan telah menerima hidayah dengan asbab usaha yang dijalankan oleh organisasi yang diterajui beliau.

Memandangkan keperluan terkini kepada sebuah pusat pembangunan dakwah serta pemantapan akidah bagi melahirkan pendakwah yang mahir dalam perbandingan agama, premis sediada telah dibeli dan perlukan RM350,000 untuk menjelaskan baki pembiayaan yang perlu dijelaskan segera.

Ayuh kita melabur dalam perniagaan yang dijanjikan Allah dengan keuntungan yang berlipatganda yang kelak membawa kita ke Syurga yang abadi.

Salurkan sumbangan saham akhirat anda boleh dibuat melalui akaun Muslim Care Malaysia Maybank – 564490413882 atau
CIMB Bank- 8604171675 (rujukan Unity)

Info lanjut dan makluman infak, boleh diajukan kepada:

  1. Cik Suryana Sutarzi 011-2194 1194
  2. En Ahmad Safwan 013-488 6447
  3. En Mohd Johari Ismail 016-997 8323
  4. Cik Zuriati 0192049434 – HARAKAHDAILY 6/7/2020

- Advertisement -