Skuad Prihatin baik pulih rumah usang amilin

- Advertisement -

LIPIS: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia mengadakan lawatan ke rumah usang milik ahli As-Sabiqat PAS, Hamidah Mat Saleh di Kampung Keledek, Kuala Lipis, di sini semalam.

Beliau ibu tunggal setelah suaminya, Ustaz Zabuddin Awang pulang ke rahmatullah sejak 2017 di mana dahulu merupakan aktivis PAS yang pernah memegang jawatan dalam PAS Kawasan Lipis, Cameron Highland dan PAS Negeri Pahang.

- Advertisement -

Skuad Prihatin menziarahi beliau yang telah berusia lebih 60 tahun kerana keadaan rumahnya memerlukan kerja baik pulih terutama di bahagian dapur dan tandas di mana pernah dibina tetapi gagal disiapkan dan lama terbengkalai.

Kini keadaan lantai di dapur sudah reput amat membimbangkan, manakala tandas rumahnya pula sudah usang dan membahayakan untuk digunakan.

Lawatan dan tinjauan melihat keadaan kediaman dan kehidupan warga emas tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Abd Malek dan Pengerusi LKK PAS Pahang, Dalmah Ismail.

Dalam kesempatan itu, delegasi yang juga disertai LKK PAS Cameron Highlands bersama EXCO Muslim Care Malaysia iaitu Zuriati Yaakob dan Suryana Sutarzi menyampaikan sumbangan keperluan dapur buat keluarga Hamidah Mat Saleh.

Selain itu, Skuad Prihatin juga akan berusaha untuk mendapatkan dana khas bagi kos kerja baik pulih lanjutan rumah tersebut demi keselesaan kehidupan Hamidah.

Bagi yang ingin turut menyumbang, semua orang dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5640 2540 0711 di atas nama DMPP dengan nota ‘Hamidah’ dan bukti transaksi boleh dimaklumkan kepada Dr ‘Uyun (019-3577502). – HARAKAHDAILY 5/7/2020

- Advertisement -