PRK Chini: Petunjuk kecenderungan anak muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemilihan Mohd Shahrim Md Zain selaku calon BN pada PRK DUN N.23 Chini adalah keputusan tepat apabila berjaya meraih menang dengan majoriti bertambah berbanding keputusan PRU14 lalu.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin menyifatkan keputusan tersebut sebagai mewakili pilihan dan aspirasi anak muda yang merupakan lebih 50 peratus pengundi dalam DUN Chini.

Malah, beliau juga meletakkan bahawa pencapaian diraih tersebut terhasil daripada hubungan dan kerjasama melibatkan Muafakat Nasional antara PAS dan Umno serta BERSATU dan parti-parti dalam Perikatan Nasional.

Ketika sama, beliau tidak menolak keputusan tersebut dipengaruhi juga oleh prestasi 22 bulan PH sebagai kerajaan sebelum ini bersama segala bentuk ancaman kepada agama, bangsa dan perpaduan kaum oleh koalisi itu.

Kata beliau, gelombang semua perkara tersebut telah dilengkapkan lagi dengan langkah menampilkan calon muda yang ternyata amat disenangi semua peringkat pengundi. – HARAKAHDAILY 4/7/2020

- Advertisement -