Operasi AMAL Gerik cuci rumah mangsa banjir

- Advertisement -

GERIK: Sebanyak 22 kediaman dimasuki air dalam musibah banjir yang disifatkan antara terburuk sejak banjir tahun 2014 dahulu di sekitar Kampung Air Panas, Kuak Luar, Kuak Tengah dan Kampung Buluh di Pengkalan Hulu, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Gerik, Mohd Khatib Sharbini Ismail, pihaknya melalui Jabatan Amal telah mengambil inisiatif segera untuk membantu meringankan beban mangsa terlibat menerusi operasi mencuci pasca kejadian tersebut.

Operasi tersebut diketuai Komandan Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Gerik, Muhammad Syaitullah Mohd Noor bersama anggotanya yang sentiasa bersiap siaga juga untuk membantu menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berulang berlaku.

Syaitullah turut memaklumkan, banjir kilat telah beberapa kali dialami di DUN Pengkalan Hulu dan DUN Temengor di mana premis milik Pemuda PAS Gerik iaitu SRITI At-Taufiq di Kampung Gerik juga dimasuki air setiap kali banjir itu.

Bagaimanapun katanya, proses pembesaran parit sudah dilakukan dan isu kenaikan air di kawasan berkenaan sudah tiada lagi di mana Pekan Gerik juga kerap ditenggelami sebelum ini khususnya pada Oktober 2018 termasuk yang teruk di Kampung Bongor.

“Biasanya banjir kilat terjadi di Kampung Simpang Pulai Pengkalan Hulu. Tapi kali ini melanda juga Kampung Kuak Luar, Kampung Air Panas, Kampung Kuak Tengah dan Kampung Buluh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/7/2020

- Advertisement -