Lelaki Iban disantuni PAS-MCM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Hulu Selangor dan Muslim Care Malaysia Society (MCM) menyantuni keluarga Abdul Rahman Abdullah, seorang lelaki Iban berasal dari Kapit, Sarawak yang berdepan keperitan hidup.

- Advertisement -

Prihatin dengan keperitan hidup keluarga yang dikurniakan enam orang anak yang turut terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerak (PKP) Covid-19 tersebut, YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Hasnizan Harun turut menziarahi kediaman sewa mereka semalam di Bukit Beruntung bagi menyampaikan bantuan.

Ketika ziarah tersebut, MCM dan PAS Kawasan Hulu Selangor telah menyampaikan sumbangan berupa alat kelengkapan, pinggan mangkuk, tilam bantal dan barangan keperluan harian.

“Terima kasih diatas sumbangan yang sangat-sangat menggembirakan anak-anak saya,” ujar Abdul Rahman dengan nada sebak.

Anak-anak Abdul Rahman yang masih kecil

Bagi pihak Muslim Care Malaysia Society, Timbalan Presidennya, Mohd Johari Ismail juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada MCM dalam menjayakan pelbagai program sumbangan kepada rakyat yang memerlukan.

“Semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran,” katanya lagi.

Sebarang sumbangan boleh dikreditkan ke akaun Maybank Muslim Care Malaysia Society – 564490413882- HARAKAHDAILY 3/7/2020

- Advertisement -