Kesejahteraan negara diutamakan – Ustaz Idris

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS konsisten dalam objektif memastikan negara sejahtera dan stabil dari aspek politik dan tidak didominasi oleh DAP, kata Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad.

Menurut beliau, naratif yang mahu dibawa PAS sebelum ini adalah mahu menolak PH yang mana DAP dilihat mendominasi kerajaan Malaysia.

Justeru itu, dengan pertemuan yang dihadiri pelbagai parti baru-baru ini mengukuhkan lagi objektif sedia ada selain memperkukuhkan Perikatan Nasional yang dijalinkan bersama parti-parti politik lain sebelum ini.

- Advertisement -

“Apa yang penting ialah, objektif kita untuk nak pastikan politik malaysia ini tidak didominasi oleh DAP kerana sepanjang 2 tahun mereka memerintah, memberi penderitaan kepada rakyat dan perkara tersebut telah dialami oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Maka, Alhamdulillah dengan perjumpaan semalam, ia mengukuhkan lagi (muafakat) PN serta kita nak meletakkan bahawasanya Muhyidin Yassin juga merupakan Perdana Menteri kita yang perlu kita sokong dan beri sokongan demi kestabilan politik negara kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakah ketika diminta mengulas berhubung pertemuan ketua-ketua parti PN baru-baru ini bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kem dari Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Waktu ketika PH masih lagi bertelagah semasa sendiri berkenaan perebutan jawatan Perdana Menteri walaupun mereka tidak mempunyai ‘numbers’ yang cukup, namun alhamdulillah PN terus mara kehadapan untuk memastikan kestabilan politik dapat didahulukan serta keadilan dapat dinimati oleh rakyat negara kita,” tambah beliau lega.

Terbaru, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa PAS secara rasmi menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Malaysia bagi menghadapi PRU-15.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas beliau menghadiri perjumpaan sama yang mengumpulkan ketua-ketua parti dari PN termasuk Bersatu, Umno, PBB, MCA, MIC, SUPP, PDP, PRS, PBS, PBRS, dan STAR. – HARAKAHDAILY 3/7/2020

- Advertisement -