Dituduh ke Syria sertai pengganas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan ke Syria dari Malaysia untuk melakukan perbuatan pengganas, lima tahun lepas.

- Advertisement -

Ahmad Naim Zaid, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Tertuduh yang merupakan pemegang ijazah sarjana dari sebuah universiti awam didakwa melakukan perbuatan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 11 Mac 2015.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar manakala Ahmad Naim diwakili peguam Farida Mohammad.

Mahkamah menetapkan 3 Ogos untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen terhadap tertuduh yang dipercayai ditangkap selepas pulang dari Syria. – BERNAMA

- Advertisement -