KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,446 atau 97.7 daripada keseluruhan kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak lima kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,648 keseluruhan kes.
“Daripada lima kes tersebut, dua kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia dan tiada kes melibatkan warga asing.
“Tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada sidang media hari ini.
Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 81 kes.
Hingga kini, ada dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.
Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 3/7/2020