Waktu ibadat korban di K’tan 7 pagi hingga 6 petang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Kelantan menetapkan waktu operasi pelaksanaan ibadah korban adalah bermula jam 7 pagi hingga 6 petang.

Petugas tidak melebihi 14 orang bagi binatang ternakan lembu atau unta dan dua orang bagi korban kambing atau biri-biri.

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peserta tidak digalakkan menunggu sehingga selesai aktiviti tersebut.

“Daging korban disaran dibuat agihan terus kepada penerima yang berhak dengan mengelakkan sebarang aktiviti keraian (jamuan makan).

“Perincian pelaksanaan akan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK),” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya juga operasi restoran, kedai makan, bazaria dan Food Truck dibenarkan bermula jam 7 pagi hingga 11.30 malam.

Manakala operasi pasar raya kekal 10 pagi hingga 10 malam. Selain itu operasi stesen minyak jam 7 pagi sehingga 12 malam.

“Bagi stesen minyak yang mahu beroperasi 24 jam hendaklah membuat permohonan kepada Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas Negeri),” ujarnya,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 2/7/2020

- Advertisement -