DACS Perak anjur ‘The Biggest Loser Weight Challenge’

- Advertisement -

IPOH: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Perak telah menganjurkan pertandingan The Biggest Loser Weight Perak Challenge PKPP 2020 yang berlangsung selama sebulan bermula kelmarin.

- Advertisement -

Pengarah DACS Negeri Perak, Abd Hadi Azman ketika ditemui HarakahDaily berkata, pertandingan yang julung kali diadakan ini diusahakan pihaknya bagi memupuk amalan gaya hidup sihat amnya buat penduduk negeri Perak.

“Kita sedia maklum bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, aktiviti-aktiviti rekreasi telah dibenarkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, DACS Perak mengambil peluang ini untuk menggalakkan seluruh penduduk negeri ini agar menyahut cabaran yang dianjurkan oleh kami,” jelas beliau.

Maklum beliau DACS Perak turut menyediakan empat jurulatih daripada Ahli Jawatankuasa DACS iaitu Yougan Mahalingam, Ridzuan Piloi, Muhammad Safwan Jaafar dan Nizam Aris bagi membimbing para peserta yang menyertai pertandingan ini.

Tambahnya, pemenang bagi pertandingan hanya terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 20 – 45 tahun dan negeri Perak ini akan dinilai oleh pihak juri mengikut berat badan yang berjaya diturunkan oleh peserta.

DACS Perak mengalu-alukan penyertaan daripada penduduk negeri Perak di mana mereka yang berminat boleh menghubungi pihak urusetia di talian 011-16314531 atau klik like di halaman rasmi Facebook DACS Negeri Perak untuk makluman lanjut. – HARAKAHDAILY 2/7/2020

- Advertisement -