Belia dipelawa manfaatkan geran MOSTI

- Advertisement -

SEMALAM saya telah membuat ‘courtesy call’ ke Pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal. Lain rasanya apabila masuk pejabat Timbalan Menteri Belia dan Sukan ini, terasa muda nampaknya.

Banyak perkara yang telah saya bincangkan bersama YB Senator khususnya berkenaan kolaborasi antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Antara isu utama adalah kadar pengangguran dalam kalangan belia sangat membimbangkan. Perkara ini sememangnya mendorong belia kepada aktiviti kurang sihat seperti merempit dan sebagainya.

- Advertisement -

Dari kapasiti MOSTI, kita boleh mengadakan pelbagai aktiviti atau pertandingan-pertandingan inovasi yang memerlukan tenaga dan kepakaran belia kita. Saya kongsikan sedikit dana atau geran yang telah kita lancarkan.

MOSTI Malaysia Social Innovation:
https://emysi.mosti.gov.my/

MOSTI Dana Kolaborasi Antarabangsa:
https://edana.mosti.gov.my/

Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC):
https://covid19.mymagic.my/en/

NanoMalaysia Berhad:
http://www.nanomalaysia.com.my/

Selain itu, turut dibincangkan mengenai infrastruktur sukan di seluruh Malaysia. Saya ucapkan terima kasih kepada YB Senator atas makluman berkenaan projek membaik pulih dan menaik taraf semua infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal, track jogging dan sebagainya, terutamanya di kawasan saya, Kuala Terengganu. Belia sememangnya peneraju negara pada masa hadapan.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 2/7/2020

- Advertisement -