SOP operasi pasar malam ketat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kawasan pasar malam yang sempit dan kecil di Kelantan antara faktor kesukaran pengoperasian pasar itu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, isu tersebut merupakan masalah utama dihadapi kerajaan negeri kerana syarat begitu ketat.

Katanya Majlis Keselamatan Negara sudah memberi kebenaran bagi pelaksanaan pasar malam.

“Bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan esok pada mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

“Esok kita akan buat keputusan macam mana kaedah pelaksanaannya. Kita tahu ramai rakyat mengeluh kerana tidak boleh buka pasar malam,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan semua operasi pasar seluruh negara dibenarkan bermula 15 Jun lepas.- HARAKAHDAILY 1/7/2020

- Advertisement -