PM: Tun M ulangi Anwar tidak layak

- Advertisement -

TUN Dr Mahathir menyuarakan secara terbuka bahawa Anwar Ibrahim tidak popular di kalangan rakyat berketurunan Melayu sedangkan sokongan kaum ini penting bagi mana-mana parti untuk menang dalam pilihan raya.

Pandangan ini diberikan beliau dalam satu siaran terbitan Amerika Syarikat iaitu CNBC di segmen Street Signs Asia.

- Advertisement -

PKR parti berbilang kaum. Sedang yang diperlukan adalah seorang pemimpin Melayu. Sekali lagi Tun mendedahkan bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri (PM) kerana tidak disokong orang Melayu.

Kata Tun:

“The proposal is that I should lead and become the prime minister, but he disagrees. He wants to be the prime minister’s candidate.

“I have already given a promise that I would step down after six months. But he didn’t want me to be the prime minister at all. That makes it difficult to work together,”

Walaupun demikian kata Tun, Anwar bertegas mahu jadi calon PM. Ini pendirian beliau walaupun Tun berjanji akan jadi PM semula untuk 6 bulan sahaja. Jelas kata Tun, Anwar langsung tidak mahukan beliau dan oleh itu sukar baginya bekerjasama dengan Anwar.

Nampaknya tak reda-reda lagi sengketa di kalangan pimpinan pembangkang ini. Sedangkan yang rakyat mahu tahu adalah adakah mereka punya cukup bilangan kerusi untuk tuntut jawatan PM.

Jika tidak mereka sesungguhnya membuang masa dan sepatutnya tumpu sahaja pada tugas masing-masing selaku wakil pembangkang.

Rakyat cukup bosan dengan aksi dan gelagat mereka yang tamak dan penuh sandiwara itu. Tempoh Parlimen ke-14 ini cuma tamat pada tahun 2023.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/7/2020

- Advertisement -