Pelajar PASTI ceria kembali ke sekolah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Selepas lebih tiga bulan sesi pembelajaran ditangguh akibat penularan wabak Covid-19, hari ini hampir kesemua Pasti di Kelantan mulai dibuka.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohd Ariff Abdullah berkata, kira-kira 65 peratus daripada 16,000 pelajar PASTI hadir ke sekolah hari ini.

Katanya, terdapat 320 premis PASTI di seluruh Kelantan sehingga sekarang.

“Hari ini murid-murid PASTI memulakan sesi persekolahan yang tertangguh sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lepas kerana wabak Covid-19.

“Persiapan menerima kedatangan murid-murid dibuat sejak dua minggu lepas. Ia bagi memastikan segala prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan dapat dipatuhi. 

“Kita berharap anak-anak PASTI ceria dan bersemangat kembali untuk menimba ilmu. Semoga Allah melindungi anak-anak kita daripada wabak Covid-19 dan pelbagai penyakit lain,” katanya di sini.

Menurutnya juga pengurusan Pasti Negeri membekalkan alat termometer dan hand sanitizer kepada 320 Pasti di seluruh Kelantan.

Baru-baru ini kerajaan membenarkan prasekolah dan Tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai dengan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.- HARAKAHDAILY 1/7/2020

- Advertisement -