‘Man, aku kena MSS’

- Advertisement -

SEMALAM aku berbual dengan kawan aku yang aku namakan H.

H: Man, bulan depan aku last makan gaji.

Aku: Ha, kenapa? Nak buat bisnes ke?

H: Company aku downsizing. Aku kena MSS. (Note: MSS= Mandatory/Mutual Separation Scheme)

- Advertisement -

Aku: Allah. Pampasan ok tak?

H: Tak berapa ok.

Aku: Herm… Kau ada carum EIS sebelum ini? Alah… yang gaji kau kena potong tak sampai RM10 sebulan itu…

H: Ada… Tapi apa kena mengena EIS dengan MSS?

Aku: Ok, ramai yang tak tahu benda ini… sepatutnya HR ko dah explain pasal benefit EIS ini.

Macam ini, apabila pekerja dibuang atas sebab:

(1) Pertindihan jawatan.
(2) VSS atau MSS.
(3) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam.
(4) Company bankrupt.

Termasuklah juga bila pekerja resign sebab:

(1) Gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja.
(2) Kena buat kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan.

Semua ini layak untuk claim benefit-benefit EIS.

Tapi… kalau kau kena berhenti kerja sebab:

(1) Masalah disiplin.
(2) Kau sukarela nak resign.
(3) Dah sampai masa nak bersara.
(4) Ataupun contract kau dah tamat…

Ini semua tak layak nak dapat apa-apa benefit EIS.

H: Apa benefit-benefit yang EIS bagi?

Aku: Gaji basic kau sekarang berapa?

H: Ish… Segan lah nak bagi tahu… huhu.

Aku: Hahaha… Ok lah. Aku assume gaji kau RM4,500 sebulan. Ok tak?

H: RM4,650 to be exact… Hahaha

Aku: Hahaha… ok-ok…kalau kau nak tahu… antara benefit EIS. Kau dapat ‘Elaun cari pekerjaan’ maksimum 6 bulan…

H: Elaun? Berapa banyak elaun itu?

Aku: Kalau gaji kau tadi RM4,650… SOCSO capped dekat RM3,950 saja. So, pengiraan dari bulan pertama sampai bulan ke enam macam ini.

Bulan 1: 80 peratus x RM3,950 = RM3,160 sebulan
Bulan 2: 50 peratus x RM3,950 = RM1,975 sebulan
Bulan 3: 40 peratus x RM3,950 = RM1,580 sebulan
Bulan 4: 40 peratus x RM3,950 = RM1,580 sebulan
Bulan 5: 30 peratus x RM3,950 = RM1,185 sebulan
Bulan 6: 30 peratus x RM3,950 = RM1,185 sebulan

H: Wah, serius dapat elaun macam itu selama 6 bulan?

Aku: Serius lah….Dengan syarat kau dah carum EIS minimum 2 tahun. Baru boleh dapat elaun 6 bulan itu… Agak-agak kau dah carum 2 tahun ke tak?

H: Mesti lah… aku dah kerja berbelas tahun kut… berbelas tahun dah lah aku carum EIS…
.
Aku: Hahhaha

H: Asal kau gelak pula?

Aku: Nampak sangat nipunya… EIS start Januari 2018 sahabat. Balik nanti kau check payslip kau cukup tak 24 kali kau mencarum…

H: Oh… ya ke? Confident je aku kan haha… Ok-ok nanti aku check…

Aku: Bukan takat itu je. Kalau kau pergi training sepanjang 6 bulan kau ‘menganggur’ itu, training fees pun kau boleh claim. Tapi maksimum RM4,000 saja lah. Pastu kau dapat lagi elaun hadir training maksimum RM20 sehari (yang ini ikut kelayakan gaji). Kalau kau tak percaya, kau buka laman web SOCSO.

H: Ish… betul ke ini Man? So, macam mana nak mohon?

Aku: First, kau and HR kau kena pergi pejabat SOCSO terdekat. Jumpa bahagian Industrial Relation dekat sana. Both party kena sign some agreement supaya isu berbangkit tak wujud pada masa akan datang. Pastu, kau isi borang dan lampirkan dokumen-dokumen sokongan. Contohnya, employment termination letter and bla-bla. Pastikan kau mohon tak lebih dari 60 hari daripada tarikh kau diberhentikan kerja…

H: Ok-ok… nanti aku deal dengan HR aku… Serius wei… aku tak tahu. Confirm aku apply benefit ini…

Aku: Kan… dari tak dapat apa… Ok juga lah dapat elaun itu… Dapat gak tampung apa-apa yang patut sementara cari kerja baru…

H: Betul-betul…

So, kawan-kawan… kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal EIS, korang bolehlah jenguk-jenguk link ini ya:

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/sistem-insurans-pekerjaan

Sebarkan kepada sesiapa yang terkesan. Moga bermanfaat.

IR ABDUL RAHMAN BAHASA – HARAKAHDAILY 1/7/2020

Petikan asal dari: https://www.facebook.com/rahman.bahasa.90

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -