Jata Negara: Tindakan melampau mesti dihentikan

- Advertisement -

RAKYAT Malaysia terus dikejutkan dengan tindakan laman sesawang Gerakbudaya yang sungguh berani dan biadab dengan menerbit dan mempromosikan  buku yang memaparkan muka hadapan dengan Jata Negara yang telah diubah.

- Advertisement -

Kami difahamkan, buku yang berjudul “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” yang disunting oleh penulis bernama Kean Wong itu telah terjual di pasaran lebih 300 buah.

Tindakan Gerakbudaya yang menjual dan mempromosi buku yang jelas memaparkan sebuah logo Jata Negara yang diubahsuai boleh ditafsirkan satu tindakan yang berniat jahat.

Kita telah mengambil maklum permohonan maaf yang dilakukan oleh saudara Chong Tong Sing selaku Pengarah Gerakbudaya dalam sidang akhbar beliau. Mereka juga telah membuang pautan tersebut di laman sesawang mereka. Namun, kami nyatakan bahawa kami boleh menerima maaf tersebut, namun tidak sesekali melupakan tindakan yang melampau ini. Ia mesti menjadi iktibar buat semua pihak.

Justeru, kami menyeru supaya Gerak Budaya menarik semula dan menghentikan penjualan buku ini kepada khalayak umum.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai yakin dan meletakkan harapan penuh kepada siasatan dan tindakan tegas yang pihak PDRM terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ayuh Bangkit Sayangi Malaysia!

AKRAM IKRAMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kaw Lembah Pantai – HARAKAHDAILY 1/7/2020

- Advertisement -