Ayuh bantu Salbiah – MCM

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Dawai Ustaz Hanif Ghazali dan Muslim Care Malaysia Society (MCM) membantu Azlie Ahmad dalam rangka menyiapkan rumahnya yang terbengkalai sejak tahun 2014.

Advertisement

Isteri beliau Salbiah mengidap penyakit kanser payudara tahap empat dan telah merebak ke tulang.

Azlie yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM500 sebulan untuk menyara empat orang anak.

Anak sulung yang turut membantu keluarga ditimpa musibah akibat kemalangan motorsikal baru-baru ini dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan kepala.

“Sasaran dana sebanyak RM30,000 telah dicapai. Lokasi rumah terbengkalai tersebut terletak di Kampung Segantang Garam, Mukim Bujang, Bedong Kedah,” kata Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail kepada HarakahDaily hari ini.

Sebarang sumbangan kepada Azlie dan Salbiah boleh dimasukkan ke akaun Maybank Muslim Care Malaysia Society -564490413882 atau menghubungi Safuan Ujar ditalian 013-4886447.- HARAKAHDAILY 1/7/2020