Muslimat bantu ringankan beban mangsa kebakaran

- Advertisement -

KUCHING: Muslimat PAS Negeri Sarawak tampil menyampaikan sumbangan fasa kedua bagi mangsa kebakaran sebuah rumah di Kampung Semerah Padi selepas penyampaian sumbangan fasa pertama Jumaat lalu.

- Advertisement -

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 25 Jun lalu, sebahagian rumah didiami empat ahli keluarga tersebut musnah, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dialami.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang, kejadian yang belum diketahui puncanya itu berlaku tanpa disedari oleh ahli keluarga tersebut, namun berjaya menyelamatkan diri.

Katanya, Muslimat bersama PAS Kawasan Petra Jaya tampil memberi sumbangan berbentuk pakaian, telekung dan kewangan serta sumbangan peti sejuk daripada individu kepada ketua keluarga mangsa, Shamshu Kawie.

Ketika ini, suami dan isteri keluarga ini mendiami bahagian ruangan dapur yang tidak terjejas dalam kebakaran manakala lima anak mangsa menumpang di rumah saudara di sekitar.

Turut hadir dalam penyampaian sumbangan tersebut ialah Yang DiPertua PAS Petra Jaya, Morshidi Hassan. – HARAKAHDAILY 30/6/2020

- Advertisement -