Jawatan kontrak legakan siswazah perubatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lepasan siswazah perubatan terpaksa tunggu giliran sehingga lapan atau sembilan bulan ekoran tiada kekosongan di hospital kerajaan kerana bilangan lepasan pelajar perubatan yang terlalu tinggi.

- Advertisement -

Walau bagaimanapun, inisiatif kerajaan dalam melaksanakan program kontrak sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada lepasan siswazah perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan memberikan peluang dan ruang ini bagi mengurangkan kadar pengangguran lepasan siswazah perubatan di negara ini.

“Jadi, kerajaan menyediakan tempat-tempat untuk doktor-doktor lepasan siswazah ini mendapat pengalaman di kerajaan dua tahun.

“Bila habis program kontrak, jawatan tetap akan ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ada,” responsnya pada media hari ini ketika majlis penyampaian cek dana kerjasama antara Shopee dan Malaysian Medical Association (MMA).

Beliau menambah, jika prestasi penilaian semasa kontrak itu mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan maka jawatankuasa saringan akan dilakukan dan ditentukan oleh Ketua Pengarah, KSU dan seterusnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Ini bertujuan memberikan ruang supaya doktor-doktor dapat masuk lebih awal untuk melaksanakan praktikal mereka,” jelasnya.- HARAKAHDAILY 30/6/2020

- Advertisement -