Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipinda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pihak industri dan mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang alam sekitar.

Pihak industri yang melanggar undang-undang perlu dikompaun dan dihukum dengan kadar yang lebih berat.

- Advertisement -

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kadar kompaun dan hukuman dalam akta berkenaan perlu diteliti semula supaya aktiviti pencemaran alam sekitar dapat dicegah dengan tuntasnya.

“Kompaun yang ada sekarang ini saya fikir perlu ditingkatkan termasuk hukuman patut ditingkatkan kerana kempen kesedaran alam sekitar sudah lama dilaksanakan.

“Sekarang sampai masanya untuk kita bertindak tegas dengan undang-undang yang lebih keras,” katanya seperti dipetik dalam berita TV Al-Hijrah semalam.

Bagaimanapun katanya, kempen kesedaran dalam kalangan masyarat masih diteruskan kerana alam sekitar tidak boleh hanya dengan peraturan undang-undang tanpa ada kesedaran.

Jelasnya, impak yang dihadapi alam sekitar hasil perbuatan pihak industri yang tidak bertanggungjawab ini amat besar.

Justeru, sekarang masa yang tepat untuk pihaknya bertindak dengan lebih tegas terhadap pencemaran alam sekitar di negara ini.- HARAKAHDAILY 30/6/2020

- Advertisement -