A4C Pulau Pinang santuni asnaf terkesan PKP

- Advertisement -

GERIK: Kelab A4C Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dalam majlis di Markas PAS Kampung Kuak Hulu, Pangkalan Hulu, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Ianya bertujuan membantu kalangan mereka yang miskin dan memerlukan bantuan keperluan asas hidup lebih-lebih lagi terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini kerana pandemik COVID-19.

Konvoi dipimpin Pengarah Kelab A4C Pulau Pinang, Mejar (B) Fadhil Baharom yang juga Setiausaha Sidang As-Sabiqun PAS Pulau Pinang ini telah disambut Ketua PAS Cawangan Kampung Kuak Hulu, Ustaz Sarini Idris.

Pada majlis ini, pihak konvoi telah menyerahkan hamper barangan keperluan dapur berupa beras, gula, minyak masak dan lain-lain serta telekung hasil kutipan sumbangan di sekitar Kepala Batas khususnya.

Program Bantuan Tautan Kasih Kembara 4WD Kelab A4C Pulau Pinang ini juga memaklumkan berjaya mengumpul sumbangan tersebut hasil infak, zakat dan sedekah individu yang prihatin serta menyokong inisiatif tersebut.

Turut hadir menyantuni penerima adalaj Presiden Kelab A4C Malaysia, Zulkarnain Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gerik, Mohamad Khatib Sharbini Ismail. – HARAKAHDAILY 30/6/2020

- Advertisement -