Ubah suai Jata Negara satu penghinaan

- Advertisement -

PERBUATAN mengubah suai logo rasmi negara  mirip Jata Negara yang menjadi kulit buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance And Hope in New Malaysia’ merupakan satu penghinaan serta  provokasi melampau kepada negara.

- Advertisement -

Ini kerana Jata Negara merupakan simbol negara yang merangkumi maksud Islam agama rasmi, kedaulatan Raja-raja Melayu, keterangkuman negeri-negeri di dalam Persekutuan serta sifat keberanian.

Sekiranya terdapat unsur-unsur negatif yang bertujuan untuk menimbulkan ketegangan, maka pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang bentuk tindak balas yang boleh memudaratkan negara. Itulah jalan yang terbaik.

Meskipun negara mengamalkan amalan kebebasan bersuara, tetapi jangan sampai kebebasan itu disalahgunakan sehingga meranapkan kedaulatan negara dan merebahkan kesentosaan tanah air.

DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -