Sambung pengajian di UniSHAMS, USAS tawaran baik

- Advertisement -

LAJNAH Pendidikan PAS Negeri Kedah, menyambut baik pelawaan menyambung pengajian ke Universiti Islam Antara Bangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kepada para pelajar Timur Tengah khususnya, yang disuarakan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini.

Pelawaan itu secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang terkandas pembelajaran dan terpaksa pulang ke tanah air akibat Pandemik Wabak COVID-19.

Tindakan itu juga mempamerkan keprihatinan pihak pentadbir universiti-universiti tersebut terhadap tanggungjawab pendidikan tinggi anak-anak pelajar yang terkesan dengan wabak ngeri itu.

Justeru, PAS juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di atas tindakan sama yang dibuat oleh Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak, membuka ruang menempatkan para pelajar berkenaan.

- Advertisement -

Jadi kepada mereka yang terlibat, silalah mengambil peluang ini dan boleh menamatkan bidang pengajian masing-masing di UniSHAMS atau USAS mahu pun mana-mana universiti yang membuka tawaran sedemikian.

Kini tibalah giliran para pelajar khususnya dari Timur Tengah pula menyambut pelawaan pihak universiti tempatan bagi menyempurnakan pengajian mereka.

Sehubungan itu, disarankan agar pihak pentadbiran universiti tempatan mahupun swasta seharusnya merangka pelan tertentu kepada para pelajar yang tidak berkeupayaan untuk menyambung pengajian disebabkan oleh faktor keselamatan dan kesihatan selepas pulang ke tanah air.

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Timbalan Pesuruhjaya / Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah
Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -