Nak tanam Musang King 1,000 ekar?

- Advertisement -

YB… ada tak tanah 1,000 ekar nak tanam Musang King (MK)?

1,000 ekar? Setakat ini ada tanam mana doh?

Tak dok lagi YB. Ini baru nak mula. Napok orang pakat tanam belaka.

Ooo… sebelum nak kecek hal seribu ekar, kita buat kira-kira sikit deh.

- Advertisement -

Setakat ini kebun MK paling luas yang ambo pernah pergi tengok 200 ekar saja. Tuan dia dah jadi jutawan. Mungkin ada hok luas lagi tapi ambo belum sampai.

Seekar tanah boleh tanam 30 pokok. Kalau benih sepohon harga RM15, untuk 1,000 ekar kos benih saja RM450 ribu. Ladang MK perlu pasang sistem pengairan. Tanpa pengairan pohon MK akan kering dan kiok. Kos sistem pengairan RM10 ribu setiap ekar. Untuk 1,000 ekar perlu RM10 juta. Belum lagi masuk kos kerja tanah, infra, buruh dan lain-lain. Tanam MK perlu penjagaan rapi. Istilahnya kena tanam dan ngasuh. Bukan tanam dan tinggal macam tanam tiang elektrik. Demo ada pitih dok?

Kalau nak kira hasil, kita anggar sepohon MK yang dijaga rapi keluar 200 butir buah berat 2 kg setiap satu. Harga RM30 setiap kg. Maknanya sepohon MK hasilnya RM12 ribu semusim. Seekar boleh RM360 ribu. Bayang lah demo nak tanam 1,000 ekar. Boleh pergi Makkah kelik hari!

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -