Jangan YADIM dipalit politik kotor persepsi, fitnah

- Advertisement -

SAYA tidaklah terlalu terkejut dengan sikap pimpinan PAN yang suka bermain persepsi dan fitnah kerana itulah perangai mereka yang kita sedia maklum. Tetapi apabila perangai buruk itu dilakukan oleh penjawat jawatan yang saya kira tinggi dan mulia iaitu sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Timbalan Yang DiPertua YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) ia adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. [1]

Saya tidaklah membuat kesimpulan yang cepat tatkala membaca berita dari web malaysiadateline berkaitan sindiran Ustaz Zolkharnain Abidin, TYDP YADIM terhadap kononnya ‘ulamak PAS berlucah’ yang boleh diakses di link berikut. [2]

- Advertisement -

Namun setelah dilihat di laman facebook (fb) beliau ternyata itu memang merupakan tulisannya. [3]

Bukanlah terlalu sukar sebenarnya untuk ahli PAS membalas sindiran sinisnya pada PAS kerana Ustaz Zolkharnain boleh melihat di youtube dan laman sosial yang berlegar mengenai ‘fitnah’ atau ‘persepsi’ berkait skandal berlucah yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi nombor wahid partinya sendiri… [4] [5]

Tetapi, PAS dan pimpinannya mengambil sikap menolak budaya fitnah tersebut dan berpegang kepada ‘tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah’. Rujuklah kenyataan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS apabila dibangkitkan oleh wartawan berkaitan fitnah skandal Presiden PAN dengan wanita yang tersebar di media sosial sebelum ini. Beliau malah mengecam penyebaran gambar dan video berkaitan itu yang dilihat sebagai bertujuan membunuh karakter peribadi Presiden PAN tersebut. [6]

Namun ini amat berbeza dengan sikap dan perangai Ustaz Zolkharnain Abidin selaku Pengarah Hal Ehwal Shariah PAN. Walaupun memegang unit atau lajnah berkaitan Hal Ehwal Shariah di dalam Parti PAN, tetapi menunjukkan perangai yang sangat memalukan.

Yang lebih merimaskan ialah, beliau masih memegang jawatan selaku Timbalan Yang Dipertua YADIM. Tulisannya bukan sahaja membawa imej buruk Parti PAN, tetapi juga boleh memberi imej buruk kepada institusi YADIM itu sendiri. Mungkin Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudah boleh memberi perhatian kepada isu ini demi menjaga imej YADIM itu sendiri…

HAZMI DIBOK – HARAKAHDAILY 29/6/2020

[1] https://www.yadim.com.my/v2/ahli-lembaga-pengarah/

[2] https://malaysiadateline.com/selepas-kantoi-ulama-parti-berlucah-pemimpin-pas-ajak-amanah-merimbun-ukhuwwah/

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217542318131539&id=1284707753

[4] https://youtu.be/wWbmQhMto8A

[5] https://www.thethirdforce.net/kenyataan-media-rasmi-ahli-amanah-berkenaan-skandal-terbaru-mat-sabu-presiden-amanah/

[6] https://m.malaysiakini.com/news/423052

- Advertisement -