‘Flashmob’ PAS Pekan Chini sepakat undi Muafakat

- Advertisement -

PEKAN: Kemeriahan kempen PRK N.23 DUN Chini turut dimeriahkan dengan flashmob oleh para petugas PAS dari setiap UDM di beberapa lokasi terpilih sekitar Chini, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Flashmob yang turut disertai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf dan beberapa pimpinan sedikit sebanyak memberi gambaran show force petugas PAS bagi menjayakan PRK ini.

Di antara pimpinan yang hadir ialah Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Pekan, Hannis Ghazi dan Ustazah Rohana Mohamad serta Ketua Pemuda PAS Chini, Zul Affandy Mohd Mopti.

Menurut Pengarah JPRNPahang, Hamdan Abdullah, flashmob ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada pengundi Chini bahawa JPRNP sedia, sedang dan akan terlibat membantu calon Muafakat Nasional, Mohd Sharim Md Zain.

Berikutan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), flashmob telah dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Sungguhpun demikian flashmob ini kelihatan berjaya mencuri perhatian pengguna jalan raya dengan masing-masing membunyikan hon dan mengangkat tangan tanda sokongan sambil melemparkan senyuman.

Malah tidak kurang juga ramai yang mengenali PAS sebagai rakan Muafakat Nasional.

Sementara itu Pengarah JPR Muslimat Pahang, Rohaya Razali bersama beberapa Ahli Jawatankuasa JPRN turut memberi sokongan berkempen dalam suasana norma baharu ini. – HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -