PAS Pagoh Jaya adakan AGM kali pertama

- Advertisement -

PAGOH: PAS Cawangan Pagoh Jaya yang dibentuk Jawatankuasa Penaja pada Januari lalu telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama di PASTI Al-Hakim, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Mesyuarat dihadiri 25 ahli ini menjadi antara program terpenting bagi memastikan perjalanan jemaah di cawangan ini dapat diatur dan dilaksanakan secara kolektif dan efektif untuk ahli dan masyarakat setempat.

Mesyuarat dirasmikan Yang DiPertua PAS Kawasan Pagoh, Ustaz Abdul Samad Surib yang dalam ucapannya memperingatkan agar menitikberatkan program tarbiyah supaya seluruh ahli.

Tegas beliau, ini supaya ahli jelas akan matlamat mereka bersama PAS, sekali gus menjadikan mereka ahli jemaah PAS yang berkualiti agar jauh dari sifat golongan tercicir dari perjuangan Islam.

Ustaz Abdul Samad juga menasihatkan seluruh ahli mesyuarat supaya selalu mendekati masyarakat umum dengan segala bentuk gerak kerja disamping mematuhi arahan pimpinan dan parti.

Beliau turut mengajak mencontohi kisah perjuangan dakwah Nabi Nuh yang panjang, namun tetap istiqamah.

Mesyuarat yang telah melantik 14 Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan ini turut hadir Naib Yang DiPertua PAS Pagoh, Kapten (B) Najib Lep yang juga ADUN Bukit Pasir. – HARAKAHDAILY 28/6/2020

- Advertisement -