DACS Gombak anjur riadah sihat pasca-PKP

- Advertisement -

GOMBAK: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan aktiviti sukan berlari dan berbasikal di sekitar Taman Melawati, Hulu Kelang, di sini semalam.

- Advertisement -

Aktiviti ini sebagai usaha untuk menggalakkan budaya hidup sihat berikutan ramai yang hanya bersantai di rumah hampir 3 bulan tanpa bersukan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac.

Menurut Pengarah DACS Gombak, Muhd Afif Abd Aziz, ramai yang merungut selepas PKP berat badan mereka semakin naik kerana tidak mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.

Dengan itu katanya, DACS Gombak telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti sihat sedemikian untuk mengembalikan kecergasan serta keceriaan para peserta terlibat.

Sepanjang 10 kilometer telah diharungi oleh semua peserta acara berlari mahupun yang berbasikal di mana acara turut disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim.

Beliau berharap aktiviti seperti itu digiatkan dan disertai oleh ramai lagi, selain menjadi wadah tarbiyah dan pengkaderan serta dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Pemuda PAS Gombak sentiasa membuka keahlian baharu kepada mereka yang berminat menyertai PAS dengan menghubungi talian 013-664 9592 (Ustaz Muhaimin). – HARAKAHDAILY 28/6/2020

- Advertisement -