Dari dunia media sosial ke dunia mahkamah

- Advertisement -

PETANG semalam dua lagi surat tuntutan telah saya kemukakan kepada dua lagi pemimpin DAP, iaitu Wong Kah Woh dan Mohd Farid Mohd Azmi, menjadikan jumlah kesemua surat tuntutan yang telah saya kemukakan kepada pemimpin DAP ialah 10.

Daripada 10 pemimpin DAP ini, tujuh adalah wakil rakyat, iaitu:

- Advertisement -

(1) Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) merangkap Naib Pengerusi DAP Malaysia dan Pengerusi DAP Sarawak,
(2) Ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Kuala Lumpur,
(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri (Lim Kit Siang) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia,
(4) Ahli Parlimen Ipoh Timor (Wong Kah Woh) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Setiausaha DAP Perak,
(5) Ahli Parlimen Kepong (Lim Lip Eng) merangkap Setiausaha DAP Kuala Lumpur,
(6) ADUN Perai (Dr Ramasamy A/L Palanisamy) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, dan
(7) ADUN Seri Delima (Syerleena Abdul Rashid) merangkap Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Malaysia dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.

Seorang lagi adalah mantan Senator merangkap mantan Naib Pengerusi DAP Malaysia, iaitu Dr Arifin Omar.

Dua orang lagi adalah pegawai kepada pemimpin DAP, iaitu:

(1) Pegawai kepada Chong Chieng Jen (Abdul Aziz Isa) merangkap Pengerusi DAP Kitang, dan
(2) Pegawai kepada Syerleena Abdul Rashid (Mohd Farid Mohd Azmi) merangkap Setiausaha Publisiti DAP Flat Uda dan penggerak Mahasiswa DAP UUM.

Mohd Farid Mohd Azmi yang menggunakan nama Farid Maulud dalam media sosial sebenarnya adalah mahasiswa UUM dalam jurusan Business Administration.

Begitupun, walaupun beliau datang dari universiti yang sama dengan saya, surat tuntutan tetap diberikan kepada Mohd Farid Mohd Azmi kerana beliau dalam Posting Facebooknya pada 25 Jun 2020 membuat kenyataan yang membawa maksud bahawa:

(i) Saya memalukan UUM serta semua warga universiti dengan tindakan saya.

(ii) Saya membuat kenyataan berbaur tohmahan dalam Harakah, Utusan dan lain media agensi.

(iii) Saya mempunyai motif yang sangsi dalam menyaman Syerleena Abdul Rashid.

(iv) Saya sangsi kedudukan saya sebagai pensyarah universiti UUM.

(v) Saya tidak lihat kesalahan sendiri lalu menyalahkan pihak lain.

(Saya juga tidak akan terkejut jika Mohd Farid Mohd Azmi akan dihadapkan dengan tindakan daripada pihak lain di atas Posting Facebooknya pada 31 Mei 2020 yang berbunyi “Ingatkan Najib je main rasuah. Rupanya Muhyiddin lagi bapak segala rasuah.”)

Daripada 10 pemimpin DAP ini, dua telah memberi maklum balas rasmi kepada peguam saya melalui peguam mereka, iaitu:

(1) Teresa Kok yang menggunakan khidmat peguam Datuk Sankara Nair.
(2) Syerleena Abdul Rashid yang menggunakan khidmat peguam R S N Rayer.

Walaupun Malaysia Kini pada 23 Jun 2020 menyebut “Ramasamy mengatakan bahawa peguamnya telah menyiapkan surat tuntutan yang akan dihantar kepada Kamarul selewat-lewatnya pada 25 Jun”, sehingga kini surat tuntutan ini belum saya terima.

Apa pun, saya sudah bersedia untuk berpindah dari dunia media sosial ke dunia mahkamah. Doakan kejayaan saya, insya-Allah.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/6/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -