Pesanan Usman Urtugrul sebelum meninggal

- Advertisement -

USMAN Urtugrul adalah pengasas Khilafah Uthmaniah. Setelah berjaya menjadi sultan dan menubuhkan Khilafah Uthmaniah iaitu antara kerajaan yang terulung dalam sejarah manusia, beliau telah berpesan kepada anaknya sebelum beliau meninggal dunia:

- Advertisement -

“Wahai anakku! Janganlah kamu menyibukkan diri dengan perkara yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan sekalian alam, apabila kamu berhadapan dengan kesukaran maka jadikan mesyuarat dengan para ulamak itu sebagai perlindungan.

“Wahai anakku! Berikanlah kemuliaan kepada orang yang patuh kepada kamu, berikanlah anugerah kepada tentera-tentera kamu. Janganlah syaitan dapat memperdaya kamu kerana harta dan tentera kamu. Dan jangan sekali-kali kamu menjauhkan diri dari ahli syariat.

“Wahai anakku! Kamu tahu bahawa matlamat kita hanyalah mencari reda Tuhan sekalian alam, dan dengan jihad sahajalah cahaya agama kita akan menerangi seluruh pelosok dunia, maka akan terhasillah reda Allah Azza Wajalla.

“Wahai anakku! Kita bukanlah sama dengan orang yang melancarkan perang kerana nafsu inginkan kekuasaan dan menguasai manusia, kita adalah orang yang hidup dengan Islam dan mati dengan Islam dan kamu wahai anakku adalah orang yang selayaknya untuk itu”.

YB USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Dan Penerangan
Kerajaan Negeri Perak – HARAKAHDAILY 26/6/2020

- Advertisement -