Surat tuntutan kepada tiga lagi pemimpin DAP

- Advertisement -

SETELAH menghantar surat tuntutan kepada lima pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng dan Dr Arifin Omar, hari ini surat tuntutan sama, yang akan diikuti dengan tindakan saman, sudah dihantar kepada tiga lagi pemimpin DAP, iaitu Dr Ramasamy A/L Palanisamy, ADUN Perai, Syerleena Abdul Rashid, ADUN Seri Delima, dan Abdul Aziz Isa, mantan calon ADUN Batu Kitang.

Surat tuntutan kepada Dr Ramasamy A/L Palanisamy


Surat tuntutan kepada Dr Ramasamy A/L Palanisamy adalah berhubung tiga kenyataan beliau di dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud bahawa:

- Advertisement -

(a) I do not have the qualifications and/or the temperament, education and sensitivity to be a lecturer in a multi-racial and multi-religious country.

(b) I do not have the qualifications to defend myself from false attacks made against my integrity or character and/or is not entitled to cite the same in my defence.

(c) I use my qualifications to say whatever I want without regard to the Malaysian context of racial and religious pluralism.

(d) I use my position as a university lecturer and academician to preach to or otherwise influence my students towards racial and/or religious hatred.

(e) I have made false and atrocious allegations and have thereby brought shame and disrepute to the public university in which I am employed.

(f) I had in August 2019 in a Facebook post called him a foreign agent and supporter of a terrorist movement.

(g) I tell and/or otherwise deal in untruths and is a liar.

(h) I offer my opinions without any basis.

(i) I make intepretations that are extreme, provocative and baseless.

Surat tuntutan kepada Syerleena Abdul Rashid

Surat tuntutan kepada Syerleena Abdul Rashid adalah berhubung dua kenyataan beliau di dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud bahawa:

(a) I make foolish deductions unbecoming of my position and qualifications as an academician.

(b) I make absurd remarks unbecoming of my credentials as an academician.

(c) I do not understand the constitution of Malaysia despite being an academician.

(d) I am a dodgy individual who victimises others with malicious slander with or without hidden political motives.

(e) I make half-baked, tasteless and obtuse accusations.

(f) I am of such weak faith in my religion.

(g) I am a lackey with political masters.

(h) I stoop low to show my worth to my political masters.

(i) I engage in gutter politics that are counterproductive and a waste of Malaysian resources.

Surat tuntutan kepada Abdul Aziz Isa

Surat tuntutan kepada Abdul Aziz Isa adalah berhubung satu kenyataan beliau di dalam bahasa Malaysia yang membawa maksud bahawa:

(i) Saya tidak dapat dipastikan kesahihan kelayakan akademik saya.

(ii) Saya sibuk dengan urusan agama lain.

(iii) Saya tergugat dan goyah imannya dalam agama Islam yang dianuti beliau.

(iv) Saya kurang didikan agama Islam sehingga iman beliau mudah beralih arah.

(v) Saya menghalang umat Kristian untuk mengamalkan agama mereka dalam bulan suci Ramadan.

(vi) Saya berasa tersinggung dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian.

(vii) Saya menghalang orang Kristian menganjurkan upacara keagamaan mereka di gereja-gereja mereka sendiri.

(viii) Saya beranggapan aktiviti orang Kristian bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

(ix) Saya menghalang umat Kristian daripada menghadiri program-program gereja sekiranya diadakan pada bulan Ramadan.

(x) Saya mengecam agama orang lain kerana imannya goyah.

(xi) Saya menghasut rakyat terutamanya umat Islam dengan menyebarkan kebencian dan ideologi ISIS.

(xii) Saya mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk.

(xiii) Saya mengalami gangguan jiwa, kecelaruan akal dan mempunyai imaginasi liar terhadap umat Kristian.

(xiv) Saya cuba untuk menjadi Tuhan dengan melayani orang lain secara berbeza-beza disebabkan oleh bangsa mereka dan anutan agama mereka.

(xv) Saya anggap diri saya lebih tinggi dari Tuhan.

(xvi) Saya ingin mencontohi pembawa ajaran sesat seperti Ayah Pin.

(xvii) Saya merupakan pelampau agama dan rasis.

(xviii) Saya mendiskriminasi, tidak bermoral dan tidak berhati perut terhadap penganut-penganut Kristian di Malaysia.

(xix) Saya kufur terhadap ajaran agama Islam.

(xx) Saya perlu bertaubat nasuha kerana tidak berlaku seperti manusia.

(xxi) Saya menurut cara syaitan.

(xxii) Saya melakukan provokasi terhadap agama lain.

Sekian dimaklumkan.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 25/6/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -