Pemuda PAS cakna kepentingan derma darah

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Pulau Pinang telah mengadakan Kempen Derma Darah 2.0 yang merupakan rutin tahunan pasukan ini bertempat di Hospital Bukit Mertajam, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Selain menjadi antara aktiviti mendekati masyarakat dan agensi berkaitan, ianya juga satu sumbangan khususnya bagi keperluan bekalan darah untuk kegunaan hospital awam bagi kes-kes kecemasan.

Kempen ini diketuai oleh Pengarah AMAL Pulau Pinang, Baharin Ahmad dan dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah bersama Hospital Bukit Mertajam.

Ramai Pemuda termasuk Muslimat PAS mengambil peluang kali ini setelah menderma darah pada 3 bulan lepas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Hospital Seberang Jaya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim bersama-sama dalam menjayakan kempen derma darah pada kali ini.

Baharin dalam harapannya menyatakan untuk kempen seumpama terus dijaya, digiat dan diperluaskan lagi pelaksanaannya. – HARAKAHDAILY 24/6/2020

- Advertisement -