PAS gerak misi bantuan mangsa banjir di Muar

- Advertisement -

MUAR: Khidmat Malaysia Negeri Johor bersama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Muar telah menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir khususnya di Mukim Seri Menanti dan Sungai Balang, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Dalam kejadian hujan lebat yang turun berturut-turut dalam tiga hari sejak kelmarin dahulu telah menyebabkan banjir kilat di mana melanda antaranya Kampung Parit Salman, Parit Shafie, Parit Bulat, Tanjung Tohor dan Sungai Gersik.

Manakala kumpulan operasi berpusat dalam menyediakan keperluan makanan untuk diedarkan kepada mangsa dan petugas juga turut disediakan di PASTI Al-Hidayah, di sini.

Operasi bantuan melibatkan penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan dapur dari rumah ke rumah serta kerja-kerja pembersihan pasca-banjir di kediaman yang terjejas.

Turut menjayakan bantuan dan sumbangan adalah pihak Dewan Himpunan Pendukung PAS Johor menerusi pemberian tunai yang telah disampaikan melalui Yang DiPertua PAS Muar, Abd Aziz Talib.

Hadir sama membantu dalam inisiatif ini adalah Naib Yang DiPertua PAS Muar, Chemah Jusoh, serta Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Muar, Ustaz Ridzuan Nazri dan Norhayati Sulaiman.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Tanjong Tohor, SK Orang Kaya Ali dan Sekolah Menengah Seri Menanti. – HARAKAHDAILY 24/6/2020

- Advertisement -