Langkawi pilihan destinasi terkini – MB

- Advertisement -

LANGKAWI: Pulau Langkawi kini boleh dijadikan destinasi pelancongan pilihan berikutan tawaran murah serta potongan harga dari pemilik serta pengusaha produk pelancongan dan premis hotel.

Menter Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sekarang merupakan masa yang sesuai untuk mengembalikan semula aktiviti pelancongan di Pulau Lagenda itu yang terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat bulan lalu.

- Advertisement -

“Ada premis pelancongan yang menurunkan kadar sewa penginapan dari RM750.00 ke RM250.00. Ini peluang yang baik bukan sahaja kepada rakyat Kedah tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Sambungnya lagi, Jabatan Kerajaan serta GLC juga disarankan menjadikan Langkawi sebagai tempat untuk mengadakan seminar, kursus atau lain-lain sebagai langkah membantu pengusaha hotel dan pelancongan.

Sementara itu, jelasnya lagi, dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kenderaan awam, kereta sewa, grab, teksi dibenarkan beroperasi penuh manakala perkhidmatan feri akan ditambah jadual perjalanan.

“Sebelum ini, feri hanya beroperasi tiga trip, mulai esok (25 Jun) akan bertambah jadi empat dan bermula Julai ini akan ditambah lagi,” maklumnya ketika mempengerusikan sidang media sempena mesyuarat exco kali ke lima di Pejabat Daerah Langkawi, tengahari tadi.- HARAKAHDAILY 24/6/2020

- Advertisement -