MP Sik dilantik Pengerusi MADA

- Advertisement -

ALOR SETAR:Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)mulai 16 Mei sehingga 15 Mei 2022 akan datang setelah mendapat perkenan KDYMM Yang DiPertuan Agong.

- Advertisement -

Perlantikan itu diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee dalam sidang medianya di Pejabat MADA, Ampang Jajar, Ahad lalu. 

Ahmad Tarmizi, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Malaya, Diploma Perundangan Syariah Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Diploma Pendidikan Islam dan Bahasa Arab daripada Institut Perguruan Islam Darul Aman (IPDA).

Beliau juga berpengalaman luas dalam pengurusan dan pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Koordinator Pusat Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)selain menjadi guru Pendidikan Islam pada 2007 hingga 2013.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Sik berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui MADA. 

“MADA perlu menjadi agensi yang ke hadapan untuk rakyat mengekalkan jelapang padi di Kedah ini. Saya juga ingin melihat pegawai MADA turun ke bawah melihat apa masalah sebenar di peringkat petani dan halangan yang boleh diatasi bersama dengan agensi lain yang terbabit,” ujar beliau. 

Justeru itu, beliau juga mahu terus memperkasakan pertanian di bawah agensi itu sehingga mampu menghasilkan 75 peratus hasil padi negara sekali dan gus dapat meningkatkan taraf hidup golongan petani. – HARAKAHDAILY 23/6/2020

- Advertisement -