Kaum wanita dinasihat jangan salah pilih agama

- Advertisement -

WANITA di luar biar memilih jangan tersalah pilih. Agama dan akhlak perlu seiring. Agama bagus tak semestinya akhlak bagus. Boleh jadi depan anda dia punya ayat manis sampai boleh kena diabetes tetapi pelayan di restoran dilayannya bagai sampah kerana baginya pelayan itu tiada nilai.

Apa jaminan dia tidak akan melayan anda begitu apabila anda juga sudah tiada nilai di sisinya? Akhlak bagus tak semestinya agamanya bagus. Dia mungkin sopan dan suka menolong tetapi perintah Allah dia tak jaga maka di manakah pula jaminan dia akan jaga perintah Allah untuk melindungi dan memimpin anda ke Jannah?

- Advertisement -

Lelaki pula tak perlu nak belajar pickup line sangat dan nak isteri seperti Khadijah tetapi belajarlah bagaimana untuk menjadi seperti akhlak Muhammad S.A.W sebagai suami.

Pergilah pickup ilmu agama dan perbaikilah akhlak kerana andai tidak menjumpai Khadijah anda, ianya tidak mengubah anda sebagai seorang suami mengikuti akhlak Muhammad S.A.W.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 23/6/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -