Besar sumbangan Pak Subky kepada PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad Subky Abdul Latif yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

- Advertisement -

Beliau turut melahirkan rasa syukur sempat menghadiri solat jenazah Allahyarham Subky Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Pak Haji.

Kamaruzaman berkata, pemergian Almarhum adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada PAS kerana beliau merupakan mantan pimpinan yang sentiasa istiqamah bersama PAS sehingga ke hujung hayat beliau.

“Kita boleh tengok bagaimana komitmen Pak Haji di dalam mesyuarat PAS pusat walaupun dalam usia 80 tahun, beliau tetap memberikan pandangan-pandangan kritikal dan bernas untuk melihat PAS terus gagah dalam menempuh suasana politik negara.

“Alhamdulillah, ini satu sumbangan yang sangat besar yang diberikan oleh beliau daripada muda hinggalah ke hujung nyawa.

“Semoga Allah SWT mengganjarkan dengan ganjaran pahala (dengan) meletakkan beliau bersama dengan para syuhada, para solihin dan mutaqqin,” katanya kepada Harakahdaily selepas selesai menunaikan solat jenazah di Masjid Bilal Bin Rabah, di sini. – HARAKAHDAILY 23/6/2020

- Advertisement -