Belasungkawa Pengerusi Kelab As-Sabiqun PAS

- Advertisement -

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ راجعون

- Advertisement -

DUKACITA dimaklumkan bahawa Pak Subky Abdul Latif telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khasnya dan negara umumnya. Besar jasa Pak Subky Abdul Latif kepada jamaah. Semoga Allah menerima segala amalannya.

Gambar ini gambar kenangan ketika saya bertandang ke rumah Almarhum di Taman Karak Utama, Kuala Lumpur sebelum PRU14. Satu perjumpaan yang sangat bermakna buat saya, diskusi panjang berkenaan sejarah negara, sejarah beliau dalam PAS, pengalaman beliau sebagai wartawan dan nasihat-nasihat santai daripada beliau buat anak muda seperti saya. Ia bagaikan pertemuan anak dan ayah.


Ketika itu saya hadir menjalankan amanah jamaah sebagai Timbalan Ketua Pengarah IV Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, berbincang berkenaan peranan Kelab As-Sabiqun dalam membantu kemenangan PAS dalam PRU14.

Almarhum Pak Subky merupakan wartawan dan ahli politik veteran yang istiqamah berjuang bersama PAS. Beliau merupakan Kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah. Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum menentang mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad di Kubang Pasu tetapi tewas. Selain itu beliau juga merupakan penulis kepada beberapa buah buku politik.

Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan. Jawatan terakhir beliau ialah Pak Subky diamanahkan sebagai Pengerusi Kelab As-Sabiqun PAS iaitu sebuah kelab yang menghimpunkan ‘orang-orang lama’ dalam PAS.

Semoga Allah redhai beliau. Semoga Allah ampuni dosanya dan terima segala amalannya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah. Allahumma Aamin:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْله وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوضَةً مِن رِيَاضِ الجَنَّةِ…وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهُ حُفْرَةً مِن حُفَرِ النِّيرَانِ

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI,
Ahli Jawatankuasa Kerja,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat,
Yang berharap beroleh husnul khatimah – HARAKAHDAILY 23/6/2020

- Advertisement -