PRK Chini: Kawalan ketat polis, SOP dipatuhi

- Advertisement -

PEKAN: Bermula jam 8 pagi, lokasi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, IKBN Pekan masih lenggang dari para penyokong mana-mana parti.

- Advertisement -

Bagaimanapun pihak polis sudah mula bersedia mengawal lalu lintas, dan pintu masuk IKBN dikawal dengan begitu ketat sekali.

Proses penamaan calon dijadualkan bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi, para penyokong mula hadir sekitar jam 8.30 pagi dan memenuhi sebahagian jalanraya berhadapan IKBN Pekan.

Lokasi IKBN Pekan hanya bersebelahan dengan lebuh raya Gambang – Segamat dan banyak jentera-jentera berat melepasi melaluinya menyebabkan kawalan polis dipertingkatkan, COD juga turut kelihatan bagi membantu polis di lokasi penamaan calon.

Anggota polis yang mengawal di laluan masuk ke IKBN – FOTO : SYAHIRAH SALLEH

Pihak polis turut mengingatkan penyokong supaya mengamalkan penjarakan sosial memandangkan Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PRK N23 Chini merupakan PRK pertama diadakan selepas Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia serta PRK pertama yang diadakan setelah Covid-19 melanda Malaysia.

Hanya calon, pencadang dan penyokong, atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka, dibenarkan masuk ke dalam dewan utama itu bagi mengemukakan kertas penamaan calon.

Kesemua yang memasuki IKBN Pekan atau lokasi penamaan calon akan diperiksa suhu di pondok pengawal sebelum dibenarkan masuk.- HARAKAHDAILY 20/6/2020

- Advertisement -