Peranan OKU diakui dan dicontohi

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, semalam Kak Lah telah menerima kunjungan dari delegasi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia.

Pelbagai perkara dan isu yang telah kami bincangkan bersama demi usaha pembangunan OKU dalam kalangan masyarakat di luar sana dapat terus direalisasikan.

Suatu yang sangat menarik apabila kumpulan ini telah menyahut saranan yang disepakati Kerajaan Rantau Asia Pasifik sebagaimana yang termaktub dalam Incheon Strategy to ‘Make the Right Real’ for Persons with Disabilities. Sememangnya penyertaan OKU dalam proses membuat keputusan dan politik amat penting.

- Advertisement -

Sungguh Kak Lah teruja apabila dimaklumkan bahawa para penggiat OKU di Kelantan misalnya, menjadi antara tulang belakang kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal-ehwal OKU. Tahniah diucapkan!

Jadi, besar harapan kita semua agar lebih banyak negeri-negeri lain yang mencontohi gerak kerja penggiat OKU Kelantan ke arah membina Malaysia yang mesra OKU. Insya-Allah.

“Malaysia Sejahtera”
“Kerajaan Prihatin”

YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 20/6/2020

- Advertisement -